I still remember when Mak told me when I was born I was a fluffy infant and got heaps of fluffy fur engulfed on my body. I was flabbergasted to hear from Mak and wondered how fluffy I was when I was a baby. But during that time, Arwah Tok Yam told Mak and Ayah that I was a lucky baby to them (in spite of the fact that I don't think that I'm a lucky son to them. =D). Besides, after I was born I had been quaratined in hospital for weeks since I got some sort of skin disease. Perhaps that was 22 years ago.
Now?
I really hope that I could be a better Muslim for each and every single day of my life. That's what all I'm hoping for right now. Nothing more or less.
********
Pertama sekali, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Mak, Ayah dan juga keluarga atas hadiah yang diberikan. Hadiah yang diberikan kepada Angah, sungguh Angah hargai dan bermakna pada diri ini.
Hadiah daripada Mak Ayah sekeluarga
Terima kasih juga kepada sesiapa yang telah menghantar ucapan selamat hari lahir melalui facebook, YM, mahupun SMS. Saya menghargai atas segala ucapan anda. Tidak lupa juga, terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat atas usaha mengadakan jamuan makan secara kecil-kecilan untuk diri ini. Saya sungguh menghargai dan berterima kasih atas usaha anda. Moga diri ini dan rakan-rakan menjadi lebih baik dari hari ke hari dan hidup diberkati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.
Friday, 9 January 2009
Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini. Banyak perkara yang terbuku dalam hati yang ingin aku coretkan di blog ini.
PALESTIN & GAZA
Sungguh sayu dan sedih melihat ramai yang terkorban dibedil oleh tentera Zionist di Gaza. Ramai terkorban adalah orang awam dan antara mereka daripada wanita dan anak-anak kecil. Sungguh kejam dan rasa geram dalam hati ini.
Teringat aku akan video dokumentari yang pernah aku tonton suatu ketika dahulu - video pembunuhan dan kekejaman umat Islam di Bosnia-Herzogovinia oleh puak Serb. Mayat-mayat bergelimpangan dan mereka ini dibunuh beramai-ramai. Kalau ditonton video tu rasa sedih bercampur geram pun ada. Tatkala apabila aku melihat titisan darah mengalir dari mayat-mayat tersebut, terasa insaf pada diri aku ini pun ada. Mungkin ini lumrah ciptaan Tuhan yang mengetahui akan sifat Hamba-Nya apabila melihat titisan darah tersebut. Ada antara mereka yang diseksa sebelum dibunuh beramai-ramai. Ada ibu yang sarat mengandung ditusuk dgn kandungannya sekali. Sungguh kejam sekali. Itulah realiti. Realiti yang cuba dielak dan dinafikan oleh kita daripada tanggungjawab di dunia ini.
Apakah pendirian Obama dan Amerika dalam isu penyerangan ini? Terus berselindung atau terus menjadi sekutu dalam penyerangan pihak Zionis ini? Sebelum pemilihan bagi Presiden Amerika, rata-rata yang beriya-iya menyokong Obama seolah-olah dia yang mengundi.
Seperti entri sebelum ini, aku tidaklah fanatik dengan mana-mana pemimpin. Kadang-kadang tu takut dan beringat juga (walaupun aku selalu lupa) akan ceramah yang pernah aku dengar sesuatu ketika dahulu. Pada akhir zaman nanti, apabila turunnya Dajjal dan ramai akan menjadi pengikutnya. Hanya segelintir sahaja yang beriman kepada Allah dan mereka ini hidup dalam kesusahan dan tanaman mereka ini tidak menjadi dan kering kontang. Dan tetapi golongan ini tetap bersabar dengan dugaan. Yang mengikut Dajjal akan diberikan pelbagai ni'mat dan kesenangan oleh Dajjal. Berdasarkan peringatan ini, kadang-kala tu aku takut dan beringat juga; dan berpesan pada diri-sendiri, jangan senang-senang ikut orang lain. Tambah lagi zaman sekarang, macam-macam orang ada. Kalau macam ini pun orang dah mengagung-agungkan, apatah lagi kalau suatu hari nanti Dajjal tunjukkan sihirnya.
Memang dari segi karisma, aku melihat Obama lebih hebat daripada McCain yang mengebilkan mata setiap saat ketika pendebatan mereka. Pernah juga aku mendengar orang berkata; baik sokong Obama kerana kalau sokong McCain nanti akan banyak lagi berlaku peperangan. Dalam hati aku berkata, sama sahaja-akan berlaku juga peperangan nanti.
Imbas kembali ketika aku di sekolah menengah dahulu di perpustakaan bersama rakan-rakan setelah menyelak surat khabar pada ketika itu. Ada antara rakanku berkata, baik sokong Bush daripada John Kerry sebab John Kerry tu Yahudi dan nanti habis dia serang Palestin. Bagi aku sama sahaja antara Bush atau John Kerry. Tengoklah apa yang telah dilakukan oleh Bush? Diserangnya Afghanistan dan Iraq hanyalah semata-mata untuk minyak. (dan dendam kesumat sejak dari ayahnya dahulu lagi).
Kelmarin ketika khutbah Jumaat di masjid, Brother Omar sungguh bersemangat dan geram atas penyerangan Zionis ke atas Palestin ketika memberi khutbahnya. Brother Omar menyatakan mengapa kita umat Islam tidak kuat dan tidak mampu melakukan apa-apa. Sedangkan Mesir dan Saudi Arabia tidak sanggup untuk memberi bantuan kepada Palestin. Negara barat sanggup memberi bantuan kemanusiaan kepada Palestin tetapi kita umat Islam tidak melakukan apa-apa. Negara- negara Islam timur tengah terutama sekali berdiam diri. Tambahan lagi, katanya kita perlu bersatu padu dengan menderma, berdoa dan memberitahu umat Islam yang lain tentang hal ini.
"The least that we can do is to talk to other people.."
Itulah pesan Brother Omar kepada semua orang yang ada pada khutbah ketika itu - sebelum menamatkan khutbahnya.
Video atas telah di-upload atas usaha sahabatku, Ahmad Afiq (Bucer) yang kini menuntut perubatan di Ireland.
BILIK
Setelah beberapa kali mencari bilik untuk disewa, akhirnya jumpa juga bilik yang perkenan di hati. Hampir lebih daripada 5 bilik telah dilihat dan dilawati, tetapi pelbagai masalah dan karenah ada. Ada bilik yang perkenan di hati tetapi tuan rumah mempunyai banyak karenah pula dan permintaan. Terpaksa menolak juga permintaan dia setelah melihat gelagat dan karenah dia. Ada bilik yang perkenan di hati tetapi housemates rumah tersebut pula membuat hati aku berat untuk mengambil bilik tu- disebabkan rumah tersebut terlalu kotor terutama sekali bahagian dapur.
Selain itu, aku memang ingin mencari bilik yang sudah masuk elektrik kerana mudah dan tidak perlu untuk memikirkan tentang penggunaan heater ketika musim sejuk. Pada mula perancangannya, terlintas juga di hati hendak berpindah sahaja ke Ilam Village tetapi setelah memikirkan bayaran awal $300 (yang tidak akan dikembalikan) dan bayaran bond sebanyak $500. Banyak juga jumlahnya dan difikirkan mana hendak aku cari duit sebanyak tu? Rumah sekarang yang aku diami telah pun naik harga $5 seminggu dan menjadikannya $134 seminggu. Biliknya benar-benar kecil dan memuatkan meja belajar, katil dan laci pakaian. Kadang kala aku memerlukan ruang untuk berlegar-legar sebentar untuk menghilangkan rasa jemu dan tekanan setelah belajar.
Rata-rata bilik yang termasuk elektrik berharga $135-$140 seminggu dan maksimum penggunaan elektrik yang diperuntukkan oleh kebanyakkan pemilik rumah ialah $25 seminggu untuk seorang. Di Kahu Lodge, peruntukkannya ialah $160 untuk satu unit bagi sebulan. (hanya $10 seminggu untuk seorang). Mengikut pengalaman lalu, kalau pada musim sejuk secara puratanya bil elektrik dalam lingkungan $200-$250 sebulan dan mungkin pada musim sejuk aku perlu bayar lebih jika lebih daripada $160 untuk satu unit. Ada juga rumah yang mengiklankan sewaan bilik kurang daripada $135 seminggu tetapi akan mengenakan bayaran lebih pada $20/$30 pada musim sejuk. Difikirkan kembali sama sahaja bayarannya.
Oleh itu, aku telah membuat keputusan untuk tinggal di apartmen di Creyke Rd kerana biliknya agak luas, bayaran elektrik pun telah dimasukkan dan hanya 4 minit berjalan untuk ke lecture theatre. Jumlah bilik berharga $135 seminggu. Tidak murah atau pun mahal sangat.
UNIVERSITI & PROGRAM HONOURS
Tahun ini ialah tahun ketigaku di universiti dan aku berniat dan berazam untuk menyambungkan pelajaran untuk tahun ke-empat bagi program Honours. Sistem di New Zealand dan Australia sungguh berbeza berbanding di Malaysia.
Di Malaysia, pelajar akaun diwajibkan selama 4 tahun tetapi di sini hanyalah untuk 3 tahun sahaja. Hanyalah pelajar yang terbaik sahaja diberi tawaran untuk melakukan Program Honours untuk tahun keempat. Tempat diperuntukkan adalah terhad dan hanyalah 20-30 orang sahaja daripda 200 orang. Bayangkan sengitnya persaingan untuk merebut tempat bagi melakukan Program Honours di sini. Selain itu, di sini Program Honours bagi Commerce dianggap sebagai Post-Graduate dan bukan lagi ijazah.
Oleh hal yang demikian, aku telah mengambil inisiatif awal dan telah menghantar email kepada beberapa orang pensyarah untuk bertanya dan mengetahui lanjut tentang Program Honours dan subjek pada tahun ini. Bagi program Honours, syarat kemasukannya ialah sekurang-kurangnya purata minimum B+ untuk semua subjek dan aku fikir aku kena dapat lebih daripada itu untuk merebut dan bersaing tempat yang terhad. Tahun ini kenalah aku pulun betui-betui.
Selain itu, tahun ini pensyarah aku mengatakan bahawa dia akan menggunakan buku teks yang baru. Disebabkan ayah aku pernah berpesan, dalam hidup ini dua benda jangan teragak-agak untuk beli- iaitu buku dan makanan. Oleh itu, prinsip inilah yang aku pegang sampai sekarang dan dengan itu, kenalah aku beli buku teks baru pada tahun ini.
PULANG KE MALAYSIA?
Kalau mengikut perancangan, aku ingin pulang sebelum 25 Disember tahun lepas tetapi disebabkan beberapa masalah; aku terpaksa menunda niat aku untuk pulang sebelum 25 Disember pada tahun 2009. Kadang kala tu apa yang aku rancang tidak menjadi dan terpaksalah aku menerima. Ada hikmah, pujuk hati ini.
Selalu juga aku membelek harga tiket kapal terbang di internet dan berkunjung ke Flight Center untuk bertanya tentang harga tiket. Ada sekali tu aku berkunjung ke Flight Center di Riccarton Mall dan juga di Riccarton Road bersama Ainan untuk bertanyakan harga tiket. Ketika aku di Flight Center Riccarton Road, aku bertanyakan harga tiket untuk pulang ke Malaysia dari Christchurch melalui Australia untuk sehala. Setelah dia mencari, dia berkata harganya lebih kurang $1400 untuk sehala. Mahal betul. Aku kemudian minta dia ubah lalulan ke kawasan Australia yang lain tapi dia kata harganya lebih kurang sama walaupun dia tidak periksa terlebih dahulu di komputernya. Aku tetap menggesa dia untuk memeriksa tarikh yang lain kerana aku dah membelek harga tiket di internet sebelum ni dan menganggarkan $900 untuk sehala. Setelah dia mencari, memang jumpa tiket dalam anggaran $900 untuk sehala dan cuma dia malas untuk mencari dan menekan keyboardnya.
Untuk visa masuk ke Australia, dia berkata aku hendaklah membayar $70 dan mengambil masa selama 2 minggu untuk proses. Oleh itu, kalau aku nak balik kenalah pilih tarikh daripada 16 Januari kerana proses visa selama 2 minggu. Hmm..pelik. Setahu aku proses untuk visa tidaklah lama dan sepatutnya bayaran visa di Flight Center hanyalah lebih kurang $30 sahaja. Hati aku berasa kurang selesa dan terpaksa membatalkan hasrat untuk membeli tiket pada hari tu.
Beberapa hari selepas itu, ada iklan di laman web Flight Center yang mengatakan harga tiket pergi-balik ke Bali dari New Zealand lebih kurang $1000. Aku pun terus mennghantar email ke Flight Center di Riccarton Mall dan orang tersebut menjawab; memang ada tiket tersebut dengan harga $1070 pergi-balik. Memang gembiralah hati aku. Dari Bali bolehlah aku ambil flight Air Asia untuk balik Malaysia, fikirku. Dengan itu, aku pun membeli tiket tu dan akan pulang ke Malaysia pada 20 Januari; dan pulang semula ke Christchurch pada 18 Februari. =)
The brunt of exam has finally come to an end. No more staying up in the middle of the night, burning the midnight oil.
Alhamdulillah. Finally.
Finally the freedom is uttered. I guess it is just for awhile before the final results are announced. I would say my last paper was not a cinch since I found out the MCQ was pretty hard. I was struggling to fathom out each and every questions carefully as my brain started to work slowly - since I did not sleep last night and spent the whole night studying and.. facebooking! (Caution! Facebook is so addictive! Make sure you are away from your computer before start studying). But now, I'm still deprived of my sleep since I spent my time sleeping during the day rather than at night.
Three friends from I NOT STUPID movie
Ok.Whatever it is, that's not the main point that I really want to narrate in this blog. Perhaps I just want to simply share with others about a Singaporean movie that I watched a few weeks ago. The title of the movie - I Not Stupid and you can watch it here. Apparently I'd really love to watch Jack Neo's movies since most of his movies depict the reality of life nowadays. Eventhough to the fact I could not agree 100% with everything been shown in the movie but still there are heaps of moral value that can be learnt from his movies. I Not Stupid movie is about three students who have distinct background and personalities - facing their daily life as a student in Singaporean school.
My Humble Opinion
Numeorus points can be learnt from this movie - especially life as a student. Maybe the one could just share thoughts and past experiences to reflect the moral of value from this movie.
Story 1
I vividly remember when I was in primary school in Penang when there was a quarrel between a student and parent after the school ended. On that time, I was wondering why the parent infuriated so much with the student and scolding the boy like hell. After figuring out from my friend for what happened, now I knew what they were dispute over. They were just bickering and squabbling for such a petty issue - it all started when that boy started teasing and mocking their son. The matter of fact it was a mere petty issue - you know, it is common and natural for a kid to act childishly by mocking and teasing their friends. The thing I could not grasp was; why the heck the parents got themself involved and scolded that kid. Perhaps shouldn't they simply knock off the dispute and tell the kid nicely not to do that again or perhaps any such better way for not to exacerbate this situation. However, it was the other way round - the parents furiously scolded him and eventually the kid started to cry.
It was getting worse since on the next day, both parents came to the school and bickering with the same issue. Perhaps it was so despicable to watch these so-called 'grown-up' parents to dispute over this trivial matter. Perhaps some parents are over-protective with their kids and to the certain extent, pampering them too much and preclude them from learning to be independent and fend-off this 'childish' matter by themself. Otherwise, in the future the parents will make these kids like a spoilt brat in the Charlie & The Chocolate Factory movie! Haha..
"Daddy! Daddy! I want a squirrel! I wannit now!!" - (Charlie & The Chocolate Factory Movie)
I once told this story to Ayah and he said:
"Hal budak-budak kecik, mak ayah tak perlu masuk campur. Benda-benda budak kecik lagi pun."
Besides that, I still remember when I was in Form 1 - during the first time I registered into MCKK. Prior to Ayah and Mak left me here at the Prep School, Ayah spoke to me personally. His message was clear and more like this:
"Angah, kalau kena buli sikit-sikit dengan senior tu, kena lari padang ramai-ramai, kena ambik nama senior, tahanlah sikit ye. Kalau kena ramai-ramai dengan satu batch tak pe. Tapi kalau ramai-ramai senior datang belasah sorang tu kena cakap kat ayah."
(Perhaps by the time Mak and Ayah vanished from my view, the horror-fairy tale came true. Haha)
Story 2 I still remembered when I had been to one of this scholarship assessment after SPM results were announced. There were two sessions for this assesment -first session, I need to present my own solutions about the problem and motion given in front of the interviewers and second session, a group discussion from the interviewees to find the final solution for the problem. The motion and the problem that I got was about academic excellence and discipline problems amongst the students nowadays.
So, during the first session, I presented my ideas to the interviewers on how to deal with these problems amongst the students nowadays. Indeed, the first thing that I said to them was; to delve on the background of each of these problematic students. Why are these students creating discipline problem? Is it due to family problem? What I mentioned was to delve on their family background and seek the particular relevant information pertaining to the student. Each counselling department of that particular school must have a full profile record on these students - so that they can delve and find the solution with this information. Then, it happened that one of the interviewers glared at me with battling eyes as he looked unconvincingly with my ideas. That was merely beginning of my ideas. And then, I continued saying that - by looking at this background information, we could find the solution and perhaps by advocating a new program that pretty similar to mentor-mentee program but this new program works more and beyond than mentor-mentee program. The teachers would be opted to act as foster-parent to these students based on the student's background-personality, interests etc.
For instance, if that problematic student is so into rugby, we can devise and arrange them with their rugby coach as their parent-foster to look after them as they are more closed and attached to them. Why do I say so? The reason why is because that's what my basketball coach, Mr Liew Yong Choon did to me when I was in high school. He called us during the school holidays merely to know whether we were studying or not. He even advised us to study for 10 hours solid time since he used to do that before. Indeed, I still remembered that I was not allowed to play in the first team since I did not manage to attain at least 6 A's for my exam. Haha. Apart from that, not to brag about myself but a mere sharing to others - I was a former President of Peer Counselling Group in MCKK and I had been to numerous camp to learn about psychology, personality and vice versa. Thus, I conceived that by combining these factors, it would help (at least) these problematic students to stimulate their interest in study since they are more concerned for not allowing to play for the team rather than focussing on their study. Believe it or not, I used to fail 3 papers (add maths, physics & chemistry), barely passed for a paper (biology) and ranked above 100 in my batch for the Peperiksaan Akhir Tahun Analisa SBP Tingkatan 4 . I wonder if MCKK admin would have expelled me on that time for not performing well in my study , frankly speaking I reckon I won't be here studying in New Zealand right now. ( On that time,Ayahanda Dato Hj Alimuddin was the MCKK principal and I was so fortunate to have him )
Back to the story, when it came to the 2nd session, we all needed to discuss and figure out the best solution for this matter. There were four of us in this discussion, so everyone came out with their own ideas and required to seek the best solution for this matter. There was a student came out an idea to make a program that pretty similar like BTN. Err. I wonder don't you think it is time-consuming and wasting a lots of money? Next, there was a Malay guy who happened to be an English debater suggested to deal this problem by conducting a PIBG meeting. Huh? Just that simple? Amongst four of us, I was the only one against them. They were all supporting each other with the idea but still, I was so adamant with my stance and attempted to justify to them with my idea since the PIBG meeting was a mere simple and 'twelve-year-old-mentality idea'. Indeed, it was not that I was being so stubborn and reluctant to accept their idea but it was a bloody nonsense idea. Plus, it was so embarrasing that the idea came from the so-called English debater. I knew that I had blown up this assessment and prior to this assessment, I still remembered the tips for the group discussion assessment that I learned - when it comes to a group discussion, you need to be a neutral party and acting more like a mediator. But in this case, it was an unacceptable idea for me to accept it since personally I did not think it would ever solve the problem. Finally, the final consensus had been reached. The three of them except me, unanimously agreed to conduct a PIBG meeting as a final decison to deal this problem. Duh! Subsequently after that, I came out from the room with a devastated face, came to think again bout these three students' background. Now I came to realise that these three lads were never been to asrama before and perhaps that's the reason why they were so 'eager' with the PIBG-meeting idea. (Pardon me, I didn't mean to undermine students that never live in asrama before.)
On another note, it was about SBP ranking or what-so-ever ranking nowadays. Personally I reckon this ranking system is certainly unfair to certain schools since it is determined by the overall GPA of the all subjects. Why? For instance, if there's a school which got 50 students straight A's over 100 students in SPM - and should be in top 10 ranking in SBP for the total numbers of excellent students. However, unfortunately it happens that there is a student who fails in one of the subjects; consequently haul the overal GPA and make that school out of the top 10 ranking in SBP. In fact, a school with only 15 students who got straight A's over 100 students but the remain students in the batch manage to attain all straight B's in all subjects to be included into top 10 ranking. Indeed, this is totally unfair. Thus, who's going to be the victim in this circumstance? Teachers and students. Why? These two groups will be blatantly blamed by for not performing in the previous SPM results. In the future, the school admin will attempt to get rid of these problemetic students prior to SPM exam since they are afraid their school reputation will be jeopardized and tarnished by these group of students. Perhaps the school should glimpse and delve at the other side of these students -maybe perhaps they are not interested in doing pure science subjects and makes them not performing well in these subjects. (this situation same goes to me and my sister). Indeed, the school admin should not impetuosly take a dead-end decison by expelling these students. (You won't know what's gonna happened to these students in future, they might become an artist, lecturer, etc). In this case, we should not simply dragging our feet or perhaps blatantly pointing up our fingers to other people. You, me and others should help these students instead of blaming them for not performing well.
Conclusion
All in all, you can judge by your ownself by relating my stories with the movie I Not Stupid. Indeed, I'm not personally 100% agree with the movie since some of parts of the movie are correct and acceptable (the part when your Mak starts babbling you - perhaps that's their responsiblity as a parent)
P/S: I just want to wish my cayang adik, Ruwaida, in Seseri, all the best for your SPM this tuesday! Just do your best! ;)
Ketika aku masih junior, sememangnya menjadi lumrah dan tabiat aku untuk memerhati dan mengamati perkembangan sekitar koleq terutama sekali perkembangan seniorku. Mungkin kerana ketika itu aku masih lagi kecil dan mentah; dan sedang berhadapan dengan proses untuk mencari erti kehidupan. Maklumlah, masih muda dan suci lagi katakan. Ketika inilah proses adaptasi berlaku dari seorang adik kecil yang bergelar junior kepada abang senior yang sepatutnya berfikiran lebih matang. Tambah pula, ketika ini ramai yang sedang mengalami proses untuk menjadi akhil baligh.
Masih segar dalam ingatan ini, ramai antara rakan batch aku yang mengkagumi akan senior-senior dan mengimpikan untuk menjadi hebat seperti mereka. Terutama sekali selepas selesai cheering untuk sesuatu perlawanan bola sepak atau ragbi.
"Aku nak jadi terer macam XXXX le nanti!"
"Hebat le die main bola, study pun gempak gak!"
Macam-macamlah yang diperkatakan dan dikagumi oleh mereka.Malah, ada yang memilih untuk mencontohi yang kurang baik ketika itu.
"Nanti aku senior aku nak jadi macho dan otai macam dialah!"
Apabila digelar senior, nampaklah ramai yang membawa diri, mengikut hala tuju masing-masing. Aku pun tidak lari dari situasi ini untuk memerhati dan mengamati perkembangan senior aku pada masa tu. Ada beberapa orang senior yang aku perhatikan ketika itu. Dia adalah salah seorang senior yang aku kagumi ketika itu. Tambahan pula, dia adalah salah seorang yang berpengaruh dalam batchnya dan di koleq juga. Aku mengkagumi dia kerana ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Teringat aku pada ketika itu, apa yang aku perhatikan dia seorang yang tidak banyak berkata dan berkata apabila perlu sahaja. Dari situ aku perhatikan dia menjaga adab pergaulan dengan rakan-rakan dia. Pernah juga aku terfikir sebelum ini, dia ni jenis pendiam ke? Kalau pendiam, bagaimana dia boleh menjadi orang penting dalam batchnya? Tetapi tanggapan aku salah, apabila pada suatu hari apabila aku mendengar dia berucap secara spontan di hadapan, kagum juga dalam diri ini kerana dia fasih dan lancar bertutur rupanya.
Selain itu, kagum aku setelah mengetahui yang dia adalah salah seorang top three untuk tilawah atau hafazan al-Quran peringkat negeri kalau tidak silap aku pada masa itu. Ketika dia mengimamkan solat jemaah, dia ada membaca beberapa surah yang tidak ketahui aku. Maka dari situ, secara tidak langsung terdetik di hati untuk menghafaz beberapa surah juga terlintas masa itu. Pernah dulu aku lihat di kala awal pagi, dia duduk di belakang balkoni sambil belajar ketika orang lain masih lagi nyenyak dibuai mimpi. Memang seorang yang rajin. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan dan ditampalkan di foyer, aku pasti akan cari nama-nama seniorku. Keputusan peperiksaannya ketika itu tidaklah begitu memberangsangkan dan mendapat dalam lingkuangan ranking 40 tetapi dia tetap rajin dan istiqamah dalam pelajarannya. Apabila keputusan SPM sebenar diumumkan dia mendapat antara keputusan yang cemerlang pada ketika itu. Usahanya selama ini berbuah juga.
Selain itu, ada juga seorang senior ini yang aku perhatikan dan kagumi. Di koleq, dia bukanlah orang penting ataupun dikenali oleh junior-junior tetapi bagi aku dia adalah 'seseorang' kepada aku. Banyak perkara yang aku kagum tentang dia sebenarnya, mungkin kerana akhlaknya. Dalam bidang akademik, dia adalah di kalangan top student di koleq. Dari riak wajahnya, dia selalu sahaja mengukir senyuman dan sejuk apabila aku melihat wajah dia. Dia seorang yang rendah diri dan tidak suka menunujuk-nunjuk. Pernah suatu ketika, aku terserempak dengan dia di surau di kala lenggang dengan pemakaian serban dan jubahnya sambil membaca Al-Quran pada waktu malam. Memang dia jenis yang tidak suka menunjuk-nunjuk akan amalan ibadatnya. Walaupun di koleq, dia bukanlah orang 'penting' atau sesiapa pun, tetapi bagiku dia adalah seseorang yang hebat. Akhlak, akademik dan kepimpinan dia yang membuat aku kagum. Mungkin dia seorang yang tidak pandai mengambil hati menjadikan dia seorang yang tidak dikenali.
Muhasabah diri ini
1. Dari dulu hingga kini, ramai orang yang mengkagumi akan sesetengah pemimpin mereka. Bagiku, ramai pemimpin hebat yang mereka kagumi walaubagaimana pun, akhirnya terpaksa aku tolak secara peribadi disebabkan faktor akhlak yang membuat aku tidak beberapa 'perkenan'. Entah mengapa mungkin aku dari dulu begitu mengambil berat akan kira faktor akhlak. Faktor akhlak tidak diendahkan lagi. Tambahan pula, aku bukanlah jenis yang fanatik dengan mana-mana pemimpin. Kini, ciri utama yang kena ada jadi pemimpin yang aku perhati secara peribadi dan mata kasar ialah, pertama mesra dan pandai mengambil hati; dan kedua pandai berkata-kata atau pun berucap di depan khalayak. Secara peribadinya, pada pendapat aku inilah dua ciri inilah penting yang aku lihat untuk meraih sokongan orang.
2. Terkejut dan tergamam aku membaca suratkhabar berita harian tentang penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan. Tapi persoalannya, siapakah aku untuk mempersoalkan hal ini? Bukan faktor cemburu atau sebaliknya. Hanya musykil dalam diri ini akan penganuegrahan Datuk kepada bintang Bollywood ini. Kan bagus kalau diberikan pada para guru ataupun tenaga pengajar yang banyak berjasa kepada komuniti? Merekalah inilah antara paling banyak berjasa kepada kepada kita. Bahkan pahala melimpah dan tidak putus-putus walaupun di liang lahad nanti kerana jasa ilmu yang ditabur sentiasa mengalir tanpa henti.
3. Diri ini kena sentiasa beringat untuk merendah diri kerana ada lebih tinggi dan berkuasa walaupun apa-apa status pun, senior ataupun junior. Aku ni hanyalah hamba-Nya yang kerdil.
4. Jika ditakdirkan Tuhan diketemukan diri ini dengan diri aku yang dahulu, aku rasa aku malu dan tunduk dengan diri aku sendiri ini. Dibandingkan diri aku dengan dulu sungguh berbeza. Masih lagi ingat akan sindiran Ustaz Hasnan semasa form 2 selepas menceritakan perihal senior ketika itu,
"Sepatutnya dah tua lagi banyak belajar, lagi alim, jadi lagi baik..Tapi bila naik senior jadi lain pula."
Wednesday, 8 October 2008
This week is known as the assignment-due-date week. I need to continue finishing my assignment which I need to hand-in tomorrow evening. Now the time is 3.04 am and I just woke from my sleep. I had a really weird dream just now and it was all about my family and friends that engulfed my life from the past to the future time. I guess its just another dream. Maybe.
The final exam is looming near- in 2 weeks time. Next week is going to be the final week of lecture before the final exam. After the lecture ends, probably i'm off to Nelson from 19 Oct to 21 Oct. I've already purchased a bus ticket(back and forth) to Nelson and it only costs me $20 dollars. Pretty cheap right? I just want to spend my time alone there from other people. That's it for now.
Thursday, 2 October 2008
I miss my family and my best friends immensely.
The ones who help to encourage and support me through ups and downs in this life. It is just that this feeling suddenly evoked me to the past memories- all those good moments that I had!
Mungkin inilah lumrah ciptaan Allah akan perasaan rindu. Fikirku.
Apa-apa pun, Selamat Hari Eidulfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua!
Our team, Insan Design managed to qualify to the final round of the Entre 40K Challenge together with other 7 teams-after the results had been announced last night at The Great Hall in the Arts Centre.
Prior to that, I was astonished and surprised when our group name had been announced by the chairperson; since I was not expecting our team to be listed as the top 8 finalist. Indeed, this competition was so competitive since there were 24 teams entered the competition and plus the chances for us to qualify for the final round was like one third.
Perhaps I did not even notice when our group name had been announced to come up to the stage, since I was so concentrating on the screen; hoping and expecting the word "Chuck Glove" (name for our invention) to emerge on it. Instead, our group name emerged on the screen and took me for a while to notice. Insan Design? Oh ya, that's our group name.
Why 'Chuck' Glove? Erm. Apparently I've got no idea with the name since the name was given by Aiman. Perhaps we were joking and thought that the name was given due to the inspiration of Chuck Norris in making of this glove! Haha. Anyway, don't forget to figure out the Chuck Norris's facts here.
As a token of appreciation, I just want to say many thanks to Aiman and Faiz since most of the initiative, ideas and endeavours came from both of them before me and Hanaa Nadira subesequently jumped into the team. The real task is going to start from now on and we will be having our meeting tomorrow. Wish us the best of luck in this competition! Cheers!
"Niat nukilan blog ini hanyalah sekadar pengongsian apa yang terlintas di hati dan fikiran, selain daripada memperkasa dan menguasai penulisan bahasa ibunda malah bahasa Inggeris."
About Me
Ridhwan Ruzlan
Christchurch, Canterbury, New Zealand
A third-year accounting and finance student at the University of Canterbury, New Zealand. He is so engrossed in observing and learning about life and current issues. Not to forget, he is a staunch fan of Manchester United as well.